Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Korang mesti ada geng makan yang macam ni. Confirm!

Antara perkara paling best dalam dunia mestilah MAKAN. Siapa je yang tak suka makan. Lagi-lagi kalau makanan yang belum pernah dicuba, mesti kita rasa nak cuba kan?

Mahal ke murah ke itu belakang cerita, yang penting kepuasan dapat mencuba pelbagai jenis makanan terutamanya bila bersama geng makan kita. Kalau sedap, tentu akan jadi kedai makan pilihan, manakala yang tak sedap pula, mungkin itulah kali terakhir kita jejak kaki ke situ.

Bukan mahu cerita kedai mana sedap atau pun tidak, tetapi berkenaan dengan pe’el masing-masing bila berdepan dengan makanan ni. Dalam banyak-banyak geng kaki makan kita, mesti ada setidak-tidaknya seorang yang mempunyai perangai macam ni… Tipulah kalau tak ada.

Sebelum makan, wajib ambil gambar makanan.
Boleh kata berjanggut kalau nak tunggu dia ni ambil gambar yang betul-betul puas hati. Kadang-kadang orang lain dah nak habis makan, dia baru sudah ambil gambar.

geng makan

Sebelum makan, kita selfie dulu.
Haa, ini lagi sorang. Kalau boleh dengan sambal belacan pun dia nak selfie. Paling best, kawan dia tengah menganga nak suap makanan dalam mulut masa tu juga dia nak ambil gambar.

Bang! Nak cili potong.
Seorang peminat tegar makanan pedas. Setiap kali pergi makan, mesti minta cili potong sampaikan kat restoran korea pun dia minta cili potong. Jangan pergi KFC mintak cili potong sudahh. Tepuk dahi!

Soalan paling susah dalam dunia, nak makan kat mana?
Pasal ni boleh makan tahun nak dapat jawapan tau. Seeloknya, bulan depan punya destinasi makan korang kena prepare siap-siap bulan ni. Memang susah wooo!

Kedai itu tak nak, kedai ini tak best. Cerewet!
Jangan tipu korang takde geng yang macam ni. Ke korang sendiri yang macam ni? Baik mengaku cepat. Nak pilih kedai makan pun susah. Kena ikut selera dia je. Pergi makan sorang-soranglah.

Eh, nak rasa sikit kau punya.
Yang ni best sebenarnya. Boleh rasa variasi makanan kat kedai tu kalau setiap orang order menu yang berbeza. Tapi yang tak bestnya bila makanan orang kau nak, tapi orang mintak kau punya makanan kau tak nak bagi. Banyak cantikkk…

Jenis tak makan sayur.
Ok, yang ni memang gigih. Kita dah habis makan, dia baru habis asingkan sayur. Tapi, nasiblah geng macam ni dah pandai. Bila order bagitahu siap-siap taknak sayur.

Order makanan sama walaupun pergi kedai berbeza.
Katanya nak buat research kedai mana yang sedap untuk makanan favourite dia tu. Layankan jee..

Taknak join makan, tapi nak kirim.
Tak tahulah pasal apa geng jenis ini. Bila ajak keluar makan katanya taknak. Tapi bukan main banyak kirim makanan kat kawan dia. Apa masalah dia ni?

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!