Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kisah benar di Studio Jalan Ampas

Kisah benar di Studio Jalan Ampas yang belum pernah dikongsikan – Showtime 1958

Nafalia Corporation bakal mempersembahkan kisah benar di Studio Jalan Ampas yang belum pernah dikongsikan menerusi filem Showtime 1958.

Suatu ketika dahulu Singapura merupakan sebuah pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Namun kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif dan kemasukkan filem asing menjadi titik tolak kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi.

Kisah perit perjuangan anak-anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum ini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul ‘Showtime 1958’. Filem ‘Showtime 1958’ adalah sebuah karya tulisan Anwardi Jamil yang diinspirasikan daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong.

Filem ‘Showtime 1958’ akan memaparkan beberapa kisah kejadian yang berlaku dalam tempoh dua puluh empat jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas ketika itu.

1958 merupakan tahun getir bagi karier anak-anak seni yang mula goyang apabila Malay Film Productions ditekan dengan masalah kewangan. Terdapat sebahagian besar anak seni yang berasal dari Malaya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaya mencapai kemerdekaan.

Menggandingkan bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasri dan Mubarak Majid, filem ‘Showtime 1958’ merupakan filem pertama terbitan Nafalia Corporation yang sebelum ini berpengalaman dalam menerbitkan drama dan rancangan bersiri untuk stesen-stesen televisyen tempatan.

Filem ‘Showtime 1958’ yang telah memulakan penggambaran pada 17 Jun 2019 dan dirancang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada awal tahun 2020.

Ikuti perkembangan terkini mengenai Showtime 1958 di:
Instagram: www.instagram.com/showtime.1958
Facebook: www.facebook.com/showtime.1958

Baca artikel: Doa Dari Kami – Bunyamin

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!