Daun kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Rutaceae dan mudah didapati di negara India dan Sri Lanka.
Penggunaan daun ini sangat popular didalam masakan masyarakat India. Malah banyak juga masakan orang Malaysia yang menggunakannya.
Walaupun ramai yang menggunakannya sebagai penambah rasa selain menghasilkan bau yang menyelerakan dalam masakan, ia sebenarnya banyak memiliki khasiat yang tidak diketahui ramai.
Ia mengandungi karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, dan mineral selain vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, asid nikotinik, antioksidan, asid amino dan glikosida flavonoid.
Pengambilannya akan membantu proses pencernaan makanan dengan lebih baik. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan, menentang kanser, merawat cirit-birit, mengawal diabetis serta darah tinggi.
Meminum teh daun kari pula dikatakan mampu mengurangkan rasa penat dan menjadikan badan kembali cergas.
Kini terdapat banyak produk kesihatan dan kecantikan seperti sabun, losyen, pewangi dan produk penjagaan rambut yang menggunakannya sebagai asas produk tersebut.
Selepas ini jangan pula ditolak ke tepi dan buang daun kari yang telah siap dimasak. Sebaliknya makanlah daun kari tersebut untuk mendapatkan khasiatnya.
Cuba resipi: Kari Ayam Kapitan
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter & Instagram.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Petua supaya nasi lambat basi
Gunakan bahan dari dapur untuk putihkan gigi
Apakah khasiat kunyit untuk kesihatan?