Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Ketupat Palas

Ketupat Palas

Bahan-bahan:

  • Beras pulut – 1 kg
  • Daun pandan – 3 helai
  • Santan pekat – 3 biji kelapa
  • Garam – satu sudu
  • Daun palas – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan dan rendam beras pulut selama satu jam di dalam air.
  2. Tuskan air dan asingkan beras pulut ke tepi.
  3. Panaskan santan di dalam periuk.
  4. Masukkan daun pandan dan garam.
  5. Kacau perlahan-lahan sehingga santan mendidih.
  6. Masukkan beras pulut ke dalam periuk.
  7. Kacau perlahan-lahan sehingga santan kering dan pulut hampir masak.
  8. Padamkan api dan biarkan pulut sejuk sedikit.
  9. Masukkan pulut ke dalam bungkusan daun palas berbentuk tiga segi dan simpul di bahagian hujung.
  10. Rebus ketupat yang telah siap dibungkus ke dalam periuk yang berisi air separas dengan jumlah ketupat.
  11. Tutup periuk dan masak sehingga air kering.
  12. Padamkan api dan biarkan ketupat sejuk seketika.
  13. Ketupat palas siap untuk dinikmati bersama rendang ayam atau rendang daging.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!