Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Insomnia

Ketahui punca dan atasi masalah insomnia

Masalah sukar untuk tidur atau insomnia boleh menyebabkan anda bakal berhadapan dengan pelbagai penyakit yang lain. Ia kerana jumlah waktu tidur yang sesuai bagi orang dewasa ialah antara 6 hingga 8 jam.

Kesukaran untuk mendapat tidur yang mencukupi boleh menganggu prestasi kerja anda pada esok hari. Malah mungkin akan menjadikan diri anda seorang yang baran kerana tubuh badan tidak mendapat rehat yang mencukupi.

Sebelum mengatasi masalah insomnia, anda perlu  tahu punca-punca yang menyebabkan diri anda sukar untuk tidur.

Antara punca-punca yang menyebabkan anda sukar untuk tidur ialah:

  • Faktor usia
  • Hamil
  • Menopause
  • Jet lag
  • Kafein
  • Ubat
  • Dadah
  • Alkohol
  • Tekanan mental
  • Terlebih berkerja
  • Waktu tidur yang tidak teratur

Mungkin anda mampu mengubah cara hidup setelah mengetahui punca-punca tersebut, kecuali masalah faktor usia dan menopause kerana ia berlaku secara semula jadi.

Antara cara-cara mengatasi masalah untuk tidur ialah:

  • Gunakan tempat tidur yang berbeza. Cara yang terbaik ialah pergi tidur di hotel atau menumpang tdur di rumah orang lain.
  • Tidur pada waktu yang konsisten setiap hari. Perubahan waktu tidur anda pada setiap hari boleh menyebabkan otak anda berkerja secara berlebihan.
  • Elakkan minuman yang berkafein dan bersoda sebelum waktu tidur.
  • Menggunakan ubat tidur, tetapi anda harus mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menggunakan ubat tidur tersebut.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!