Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kesan cuaca panas

Kesan cuaca panas terhadap kesihatan

Cuaca yang terlampau panas boleh memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan seseorang. Dehidrasi, koma dan strok haba yang turut berpotensi untuk membawa maut merupakan antara risiko yang boleh berlaku akibat cuaca panas tersebut.

Risiko itu juga boleh menjadi lebih tinggi jika anda seorang yang berkerja di luar bangunan, serta terdedah kepada cuaca panas, terutamanya mereka yang berumur lebih 40 tahun.

Manakala golongan ibu bapa yang memiliki anak kecil berusia bawah 5 tahun, dinasihatkan untuk tidak membiarkan anak-anak terdedah kepada cuaca panas tersebut, kerana kanak-kanak yang masih kecil ini tidak memiliki antibodi yang cukup kuat untuk menentang risiko yang mungkin berlaku.

Tetapi jika anda sudah memiliki simptom-simptom yang disebabkan oleh kesan cuaca panas seperti sakit kepala, keletihan, lemat otot-otot, serta mual dan muntah dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Oleh itu, minumlah air kosong dengan kerap untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Mengambil minuman isotonik pula boleh menjadi pilihan yang agak bagus, kerana ia mampu utuk menggantikan mineral dan garam yang keluar dari tubuh akibat berpeluh.

Jika boleh, elakkan juga untuk keluar dari rumah ketika cuaca panas kecuali terpaksa. Dan yang lebih bagus lagi ialah mandi dengan kerap, serta gunakan kipas atau penghawa dingin untuk menjadikan tubuh anda kekal sejuk.

Ingatlah bahawa mencegah adalah lebih daripada merawat.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!