Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kerutuk Daging

Kerutuk Daging

Bahan-bahan:

  • Daging – 1 kilogram
  • Bawang merah – 7 ulas
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Rempah kerutuk – 1 bungkus
  • Ketumbar – 1 sudu
  • Halia – 2 sentimeter
  • Lengkuas – 2 sentimeter
  • Kicap pekat – 2 sudu
  • Serai – 2 batang
  • Santan – 2 cawan
  • Kerisik – 2 sudu
  • Garam – secukup rasa
  • Gula melaka – secukup rasa
  • Air asam jawa – secukup rasa
  • Bunga cengkih – 5 kuntum
  • Bunga lawang – 3 kuntum
  • Buah pelaga – 3 biji
  • Kulit kayu manis – 2 batang
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Potong daging mengikut saiz yang dikehendaki dan bersihkan sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Kisar rempah kerutuk, 6 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, halia, lengkuas dan ketumbar hingga halus.
  3. Panasakan minyak masak ke dalam kuali sebelum memasukkan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  4. Masukkan 1 ulas bawang putih dan 1 ulas bawang merah yang telah siap dihiris ke dalam kuali dan biarkan hingga naik bau.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah siap dikisar tadi dan biarkan hingga pecah minyak.
  6. Masukkan daging dan santan.
  7. Biarkan seketika hingga daging empuk dan kuahnya menjadi pekat.
  8. Masukkan serai yang telah siap dititik.
  9. Masukkan kicap, gula melaka, garam dan kerisik.
  10. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  11. Biarkan seketika selama 5 hingga 10 minit.
  12. Kerutuk Daging siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Khasiat herba dan rempah ratus

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!