Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kerabu Sayur Jawa

Kerabu Sayur Jawa

Bahan-bahan:

  • Kelapa parut – 1 biji
  • Kangkung – 300 gram
  • Pucuk ubi – 300 gram
  • Tauge – 300 gram
  • Kacang panjang – 300 gram
  • Pucuk betik – 3 helai
  • Jantung pisang – 1 biji
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Bawang merah – 5 ulas
  • Ikan bilis – 100 gram
  • Belacan – 2 inci
  • Biji cekur – 2 inci
  • Air asam jawa – ½ cawan
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Rebus kangkung, pucuk ubi, tauge, kacang panjang, pucuk betik dan jantung pisang secara berasingan hingga lembut.
  2. Tuskan airnya dan potong mengikut saiz yang dikehendaki sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Kisar bawang putih, bawang merah, ikan bilis, belacan dan biji cekur.
  4. Kukus kelapa parut bersama bahan kisar dan air asam jawa selama kira-kira 10 minit.
  5. Gaulkan bahan rebusan tadi bersama bahan kukus dan masukkan garam.
  6. Kerabu sayur jawa siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Gunakan buah pelaga untuk atasi masalah angin dalam badan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!