Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kepak Ayam Madu

Kepak Ayam Madu

Bahan-bahan:

  • Kepak ayam – 500 gram
  • Halia – 50 gram
  • Kicap cair – 3 sudu
  • Garam – 1 sudu teh
  • Bawang merah – 3 ulas
  • Sos cili – 3 sudu
  • Daun kari – 2 tangkai
  • Madu – 5 sudu
  • Air – 1 cawan
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan kepak ayam sebelum diperap bersama halia yang telah dikisar halus, kicap cair, garam serta 3 sudu madu selama semalaman.
  2. Bakar kepak ayam di dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 180°c sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali sebelum menumis bawang merah yang telah dimayang halus hingga naik bau.
  4. Masukkan air, daun kari, serbuk cili dan 2 sudu madu.
  5. Kacau semua bahan hingga sebati.
  6. Tambahkan sedikit air jika sos terlalu pekat.
  7. Hidangkan sos yang telah siap dimasak bersama kepak ayam yang telah siap dibakar.
  8. Kepak Ayam Madu siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Khasiat daun kari yang tidak diketahui ramai

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!