Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Watak kartun Disney

Kenapa watak kartun Disney memakai sarung tangan putih?

Mickey Mouse, Minnie Mouse dan Goofy merupakan antara watak kartun klasik yang popular di Disney. Ketiga-tiga watak tersebut juga mempunyai satu persamaan iaitu mereka memakai sarung tangan berwarna putih.

Tetapi kenapakah watak-watak Disney ini memakai sarung tangan putih? Watak kartun Mickey yang pertama pada tahun 1928 tidak memakai sarung tangan, tetapi pada tahun 1929 barulah watak itu mendapat aksesori sarung tangan tersebut.

Sebenarnya ada 3 sebab utama mengapa Walt Disney mula memberikan sarung tangan putih kepada wataknya.

1. Menjimatkan masa
Melukis jari memerlukan perincian yang lebih dan memakan masa. Untuk mempercepatkan proses, pelukis watak tersebut mula melukis tanpa terlalu banyak perincian seperti kepala dan mata yang besar, anggota badan yang kurus dan panjang, dan hanya memiliki empat jari.

2. Kontra warna
Filem hitam putih pada masa dahulu adalah kelihatan kabur, dan sukar untuk melihat tangan watak tersebut jika ia bertubuh dan bertangan hitam. Sarung tangan putih itu mampu memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap pergerakan tangan mereka.

3. Kemanusiaan
Dalam biografi Walt Disney, dia mengakui bahawa tidak mahukan Mickey Mouse memiliki tangan tikus kerana watak itu seharusnya kelihatan lebih seperti manusia. Dan kerana itu jugalah dia memberikannya sarung tangan.

Apa yang telah dilakukan oleh Disney ini boleh dikatakan sebagai berjaya, sehingga menjadi ikutan pesaing mereka. Watak-watak kartun dari Universal Pictures dan Warner Brothers seperti Woody Woodpecker dan Bugs Bunny juga memakai sarung tangan putih.

Baca artikel: Senarai jenama besar yang dimiliki oleh Disney


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!