Mimpi ialah sesuatu yang seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka. Malah kebanyakan manusia hanya menghabiskan ¼ waktu tidur untuk bermimpi. Manakala 90% manusia tidak akan mengingati apa yang mereka mimpikan.
Mimpi juga kadang-kala boleh menjadi sangat realistik dan tidak masuk akal. Malah ada juga golongan yang mencuba untuk tafsir sesuatu yang berlaku melalui mimpi.
Walaupun selalunya kita tidak begitu peduli dengan apa yang kita mimpikan, tetapi ia dipercayai dapat memberi kesan terhadap tahap kesihatan seseorang. Tetapi kenapa manusia bermimpi?
- Kesihatan mental
Selain mimpi buruk atau ngeri, mimpi dipercayai memberi kesan positif terhadap kesihatan. Ia juga mengurangkan kegelisahan serta kemurungan, selain menjadikan anda rasa lebih bahagia dan bebas tekanan. - Konsentrasi
Bermimpi membantu untuk memberi kesan positif terhadap tahap konsentrasi dan koordinasi seseorang. Malah anda juga akan menjadi lebih produktif pada waktu kerja. - Halusinasi
Mereka yang sukar untuk bermimpi memiliki lebih kecenderungan untuk berhalusinasi. Ia kerana proses mencipta mimpi di otak hampir sama dengan berhalusinasi. - Emosi
Fungsi mimpi yang paling penting ialah untuk menangani masalah emosi pada waktu siang. Malahan orang yang bermimpi sesuatu yang mengemberikan juga akan merasa lebih ceria untuk menghadapi satu hari yang memenatkan. - Memori
Bermimpi dipercayai sebagai satu proses untuk seseorang menyimpan kenangan di dalam otak mereka. Kerana itu, kita kadang-kala bermimpikan sesuatu yang telah lama berlaku.
Kesimpulannya, bermimpi ialah proses untuk otak merawat mental dan emosi seseorang.
Baca artikel: 12 cara untuk mudah tidur malam

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
10 tanda kucing sayangkan anda
Rahsia pada rekaan pakaian yang tidak diketahui ramai
Kenapa bermain dengan anak patung adalah penting untuk kanak-kanak?