Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kek Batik

Kek Batik

Bahan-bahan:

  • Mentega tanpa garam – 250 gram
  • Biskut Marie – 450 gram
  • Susu segar rendah lemak – 1 cawan
  • Serbuk koko – 1 cawan
  • Serbuk Milo – 1 sudu besar
  • Serbuk Nescafe – 1 sudu teh

Baca artikel: 9 kesalahan yang selalu dilakukan di dapur

Cara menyediakan:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk bersama susu segar rendah lemak dengan menggunakan api yang perlahan.
  2. Kacau sehingga semua bahan menjadi sebati.
  3. Masukkan serbuk koko yang telah diayak.
  4. Kacau sehingga semua bahan menjadi sebati.
  5. Masukkan serbuk Milo dan serbuk Nescafe.
  6. Kacau sehingga semua bahan menjadi sebati.
  7. Asingkan sedikit adunan untuk membuat lapisan kek kemudian.
  8. Masukkan biskut Marie yang telah dihancurkan.
  9. Kacau sehingga biskut disaluti sepenuhnya oleh adunan sebelum menutupkan api.
  10. Boleh tambahkan sedikit air sebelum digaul sebati untuk menjadikan adunan lebih lembut.
  11. Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan padatkan.
  12. Masukkan adunan yang telah diasingkan tadi sehingga rata.
  13. Tutup adunan tersebut dengan menggunakan plastik.
  14. Simpan adunan tersebut ke dalam peti sejuk selama kira-kira 3 hingga 6 jam.
  15. Kek Batik siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!