Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kambing Bersalut Cili

Kambing Bersalut Cili

Bahan-bahan:

  • Kutlet kambing – 480 gram
  • Cili merah – 15 gram
  • Bawang – 15 gram
  • Daun ketumbar – 15 gram
  • Jus lemon – 200 gram
  • Minyak zaitun – 50 gram
  • Yogurt kosong – 1 cawan
  • Timun – ½ batang
  • Daun pudina – 3 sudu
  • Lada hitam – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa

Baca artikel: Petua hilangkan bau hamis kambing

Cara menyediakan:

  1. Hiris cili merah dan bawang sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Bersihkan daging kambing kambing.
  3. Salutkan daging kambing dengan cili merah dan bawang yang telah siap dihiris tadi bersama daun ketumbar, jus lemon dan minyak zaitu sehingga rata.
  4. Perisakan dengan garam dan lada hitam.
  5. Masakkan ke dalam kuali selama kira-kira tujuh minit.
  6. Angkat dan asingkan kambing yang telah siap dimasak ke tepi.
  7. Hiris timun dan daun pudina.
  8. Campurkan yogurt kosong, lada hitam, garam, timun dan daun pudina yang telah siap dihiris tadi.
  9. Gaulkan semua bahan tersebut sehingga rata untuk dijadikan sos yogurt.
  10. Hidangkan kambing yang telah siap dimasak tadi bersama sos yogurt.
  11. Kambing Bersalut Cili siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!