Festival Islam Antarabangsa Johor Darul Takzim 2019 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 28 sehingga 31 Mac 2019.

Pameran perdagangan selama empat hari ini merupakan platform yang terbaik untuk pengeluar industri Halal Malaysia bagi mempromosikan produk HALAL mereka dengan lebih meluas.
Bagi pengguna pula, anda boleh mendapatkan pelbagai produk keluaran Muslim yang terbaik seperti pakaian, produk kesihatan & kecantikan, makanan serta minuman. Malah anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan mesra Muslim yang patuh Syariah seperti perkhidmatan pelancongan dan perkhidmatan kewangan Islam.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang ke Festival Islam Antarabangsa Johor Darul Takzim 2019, kerana ia akan disertai lebih daripada 300 gerai yang terdiri daripada pelbagai sektor yang mesra Muslim.
Layari laman sesawang festivalislamjohor.com untuk maklumat lanjut.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Pakat-pakat mai ke Festival Kota Kuala Kedah
Mari pakat serbu ke Semarak Muzium 2020 @MSKOA
Disney On Ice di Stadium Malawati, Shah Alam