Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Itik Percik

Itik Percik

Bahan-bahan:

  • Itik – 300 gram
  • Santan – 500 gram
  • Kerisik – 1 sudu teh
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk perasa – secukup rasa
  • Bawang merah – 5 ulas
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Halia – 5 gram
  • Serai – 3 batang
  • Lengkuas – 2 gram
  • Cili kering – 6 tangkai
  • Cili merah – 3 tangkai
  • Cili hijau – 3 tangkai
  • Buah keras – 3 biji
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Perap itik bersama garam dan serbuk perasa selama kira-kira 30 minit.
  2. Bakar itik di dalam ketuhar dengan suhu 170°c selama 30 minit atau sehingga masak.
  3. Angkat dan letakkan itik tersebut di atas pinggan.
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  5. Tumis buah keras, bawang merah, halia, serai, lengkuas, cili kering, cili merah dan cili hijau yang telah dikisar hingga pecah minyak.
  6. Masukkan santan dan masak dengan api yang perlahan.
  7. Masukkan kerisik dan biarkan selama kira-kira 5 minit atau sehingga kuah pekat.
  8. Tuangkan kuah tersebut ke atas itik yang telah siap dibakar.
  9. Itik Salai siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Tip hilangkan bau busuk peti ais

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!