Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Itik Panggang

Itik Panggang

Bahan-bahan:

  • Itik – 2.4 kilogram
  • Madu – 200 gram
  • Cuka – 200 gram
  • Air – 500 mililiter

Baca artikel: 10 jenis hidangan untuk bantu kurangkan berat badan

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan itik sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Campurkan madu, cuka dan air ke dalam periuk.
  3. Masak menggunakan api sederhana sehingga ia mendidih seketika.
  4. Padamkan api sebelum dibiarkan sedikit sejuk.
  5. Siramkan campuran tadi ke seluruh bahagian itik yang telah dibersihkan.
  6. Jemurkan itik tersebut selama kira-kira 20 minit pada suhu bilik.
  7. Ulang langkah 5 dan 6 sebanyak tiga kali.
  8. Bakar itik tersebut di dalam ketuhar pada suhu 180°celsius selama kira-kira 35 minit.
  9. Itik Panggang Madu siap untuk dihidangkan dan dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!