Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Itali rehatkan Liga Serie A

Itali rehatkan Liga Serie A kerana koronavirus

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte telah mengumumkan penggantungan semua acara sukan di negara tersebut pada hari Isnin lepas termasuk Liga Bola Sepak Serie A kerana krisis koronavirus sehingga tarikh 3 April 2020.

Perlawanan terakhir Serie A menyaksikan Sassuolo menewaskan Brescia 3-0 di Reggio Emilia sebelum liga tersebut direhatkan.

Selepas menjaringkan gol pembukaan, penyerang Sassuolo, Francesco Caputo menyampaikan mesej dengan tulisan tangan di atas kertas, memberitahu para peminat: “Semuanya akan baik sahaja. Kekal di rumah.”

Beberapa jam kemudian, Perdana Menteri Itali menggunakan kata-kata yang hampir sama dengan mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara melalui satu sidang media di Rome.

Hanya mereka yang benar-benar memiliki urusan penting atau berkaitan kesihatan sahaja dibenarkan untuk keluar negara.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas peningkatan jumlah kematian secara mendadak dengan penambahan 97 lagi kematian sejak hari Ahad sehingga mencecah angka keseluruhan 463 orang pada hari Isnin lepas, dan ia termasuk penutupan sekolah-sekolah, universiti dan semua acara sukan.

Pada hari semalam, rekod kematian terus meningkat di Itali dengan jumlah 168 kematian dalam tempoh 24 jam sahaja. Manakala jumlah keseluruhan sehingga kini telah mencecah 631 kematian dan jumlah mangsa yang dijangkiti pula telah mencecah lebih 10,000 orang.

Baca artikel: Pencemaran udara di China semakin berkurangan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!