Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Rambut gugur

Ini cara untuk mengurangkan keguguran rambut

Ianya sangat menjengkelkan apabila memiliki masalah keguguran rambut terutamanya ketika mencuci dan menyikat.

Masalah keguguran ini juga kadangkala memiliki kaitan dengan kesihatan. Malah faktor usia juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan rambut.

Berikut disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan masalah keguguran rambut dan menjadikan rambut anda kekal sihat.

Protein
Protein adalah penting untuk menguatkan tisu dalam tubuh badan termasuklah rambut. Maka pastikan anda mendapatkan protein yang mencukupi. Antara makanan yang memiliki sumber protein yang baik ialah susu, putih telur dan ikan.

Vitamin
Vitamin A adalah penting untuk rambut yang sihat kerana ia “berfungsi dengan sintesis lemak”. Produk makanan yang kaya dengan vitamin A ialah sayuran hijau, lobak merah, dan telur.

Vitamin B12 mampu membantu untuk menambah sel darah merah dan Vitamin E, serta membantu tubuh badan untuk mendapat lebih banyak oksigen. Dengan lebih banyak oksigen bermakna anda akan mendapat rambut yang lebih sihat.

Mineral
Antara mineral yang paling penting untuk kesihatan rambut ialah kalsium, zat besi, magnesium dan zink. Kesemua sumber tersebut boleh didapati di dalam sayur-sayuran. Suplemen mineral juga boleh dipertimbangkan jika anda bukan penggemar sayur.

Tabiat buruk
Pengambilan alkohol dan caffein boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan. Satu lagi tabiat buruk yang sering kita lihat ialah tabiat merokok. Oleh sebab itu, anda perlu amalkan gaya hidup yang sihat untuk mendapatkan rambut yang sihat.

Tekanan
Masalah tekanan perasaan boleh menjadi antara sebab utama kita bakal mengalami masalah keguguran rambut. Cara terbaik untuk mengalami masalah tekanan ini ialah belajar cara bagaimana untuk mengawal emosi.

Doktor
Cara yang terbaik semestinya mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. Ia kerana masalah keguguran rambut ini mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan seperti tekanan, anemia atau pengambilan ubat-ubatan untuk masalah penyakit berkaitan jantung.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!