Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Tekanan perasaan

Hindari tekanan perasaan jika tidak mahu perkara ini terjadi!

Tekanan perasaan mungkin berpunca daripada masalah kewangan, pekerjaan, perhubungan, dan pelbagai lagi masalah lain yang boleh mengancam kesihatan anda.

Ia boleh menjadi perkara yang baik jika dihadapi dengan cara yang betul, seperti menjadi pendorong atau motivasi untuk anda melakukan lebih baik dalam sesuatu perkara. Tetapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan dan tubuh badan anda jika dibiarkan berterusan untuk tempoh masa yang panjang.

Lindungi diri anda serta baiki cara anda berhadapan dengan tekanan untuk mengelakkan kesan-kesan berikut yang mungkin terjadi dan bakal menjejaskan kehidupan anda.

Kegatalan & Ruam
Tekanan perasaan boleh menyebabkan kegatalan terutamanya di bahagian yang boleh mengakibatkan kemerahan seperti di bahagian perut, belakang badan, lengan dan muka.

Jerawat
Ia biasanya terjadi pada golongan remaja. Tetapi ia juga tetap berlaku pada golongan dewasa. Manakala lebih banyak jerawat yang tumbuh pada wajah biasanya akan menambahkan lagi tekanan yang sedia ada.

Mimpi buruk
Tekanan yang dihadapi pada sepanjang hari biasanya akan membawa sehingga waktu tidur, dan terus bermain di dalam mimpi kita. Yang lebih buruk lagi, mimpi tersebut akan menyukarkan kita untuk mendapat tidur yang berkualiti.

Senggugut
Senggugut yang dialami ketika datang haid sering kali menjadi keluhan oleh golongan wanita, kerana ia boleh menjejaskan aktiviti harian. Malah akan menjadi dua kali ganda lebih sakit jika ia berlaku ketika sedang menghadapi tekanan.

Sakit perut
Perkara yang sering kita dengar tapi sukar untuk difahami kaitannya dengan perasaan tekanan. Malah tekanan perasaan juga boleh memburukkan lagi sakit ulser dan menyukarkannya untuk sembuh.

Selsema
Tekanan boleh menjejaskan sistem imun pada badan kita. Ia juga akan mendedahkan kita untuk lebih mudah dijangkiti oleh virus.

Rambut gugur
Tekanan perasaan yang melampau dan berterusan boleh menyebabkan sel darah putih menyerang folikel rambut dan menghentikan pertumbuhan. Ia juga menjadikan akar rambut kita lebih lemah dan menyebabkan rambut mudah gugur ketika mencuci dan menyikatnya.

Lapar
Keinginan untuk mendapatkan makanan bergula dan berlemak akan meningkat ketika menghadapi tekanan. Perkara yang lebih buruk bakal berlaku akibat tekanan yang berterusan ini ialah masalah obesiti disebabkan oleh gula dan lemak yang berlebihan. Manakala golongan perokok pula akan lebih kerap merokok.

Keletihan
Kadar adrenalin akan meningkat ketika menghadapi tekanan, dan seterusnya menjadikan diri kita lebih cepat keletihan.

Pelupa & mudah keliru
Emosi akan menjadi sangat tidak stabil ketika menghadapi tekanan yang teruk. Malah otak kita juga tidak mampu berfikir dengan waras dan logik. Tetapi masalah ini akan berkurangan ketika tekanan dan emosi menjadi lebih stabil.

Namun jika semua masalah di atas ini kerap berlaku pada anda, maka lebih baik untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan nasihat daripada golongan yang lebih pakar.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!