Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Salah gagalkan impian Leeds

📷 : Instagram @leedsunited

‘Hat-trick’ Salah gagalkan impian Leeds kutip mata pada perlawanan pertama

Selamat kembali Leeds United. Perlawanan pertama mereka selepas 5964 hari tidak beraksi di Liga Perdana Inggeris menyaksikan pasukan bimbingan Marcelo Bielsa tewas 4-3 kepada Liverpool di Anfield.

Gol pasukan Liverpool dijaringkan oleh Mohamed Salah pada minit ke-4 (penalti), minit ke-33, minit ke-88 (penalti) dan Virgil van Dijk pada minit ke-20. Manakala gol pasukan Leeds dijaringkan oleh Jack Harrison pada minit ke-12, Patrick Bamford pada minit ke-30 dan Mateusz Klich pada minit ke-66. Perlawanan tersebut juga menjadikan Liverpool tidak pernah kalah dalam tempoh 60 perlawanan terakhir di Anfield.

Perlawanan lain Liga Perdana Inggeris menyaksikan Arsenal menewaskan Fulham di Craven Cottage dengan keputusan 0-3 melalui jaringan Alexandre Lacazette, Gabriel Magalhães dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Pasukan Crystal Palace pula menewaskan Southampton 1-0 melalui jaringan Wilfried Zaha.

Manakala pasukan West Ham United tewas kepada Newcastle United dengan keputusan 0-2.

Baca artikel: Salah cipta sejarah bersama Liverpool melalui gol pembukaan untuk musim 2020-21

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!