Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Haram menang Anugerah Juara Lagu ke-33

Lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, yang dinyanyikan sendiri oleh Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah diangkat sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33). Kemenangan tersebut juga membolehkan mereka membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM50,000 beserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh lagu berjudul Bunga ciptaan Hang Nadim, Kadok dan Laq yang dinyanyikan oleh Ara Johari.

Manakala lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fitri Yahya dan Shah Shamshiri, nyanyian Misha Omar memenangi tempat ketiga. Malah Misha Omar juga berjaya merangkul anugerah Vokal Terbaik buat kali ke-3 di Anugerah Juara Lagu.

Persembahan Sufian Suhaimi dengan pelamin kontroversi di atas pentas pula berjaya memenangi anugerah Persembahan Terbaik.

Sumber foto: Instagram Tv3Malaysia

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!