Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Gadis Saudi mohon suaka politik

Seorang gadis yang berasal dari Saudi, Rahaf Mohammed al-Qanun (18 tahun) memohon suaka politik sebaik sahaja ditahan di lapangan terbang Bangkok, oleh pegawai imigresen pada hari Sabtu lepas. Sebab utama gadis tersebut ditahan adalah kerana tidak memiliki visa percutian yang sah, selepas melarikan diri ketika bercuti bersama keluarga di Kuwait.

Kes gadis tersebut kini dalam siasatan UNHCR (Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kerana dia memaklumkan dirinya dalam bahaya jika dihantar pulang ke negara asal. Manakala kerajaan Australia pula telah bersetuju untuk memberi perlindungan kepada dirinya.

Kerajaan Thai kemudian cuba menghantar Rahaf Mohammed al-Qanun ke Kuwait semula, tetapi tidak dipersetujui oleh gadis tersebut kerana khuatir dirinya akan dibunuh oleh bapa dan abangnya kerana telah keluar dari agama Islam. Malah dia juga menjamin 100% dirinya akan dibunuh sebaik sahaja keluar dari penjara Saudi.

Gadis tersebut juga memaklumkan dirinya sangat takut kerana bapanya telah tiba di negara Thai untuk membawanya pulang. Malah kerajaan Saudi juga memiliki undang-undang yang tidak membenarkan wanita bercuti ke luar negara tanpa ditemani oleh bapa atau suami.

“Kerajaan Arab Saudi tidak pernah memohon untuk mengekstradisi beliau. Pihak kedutaan menyifatkan isu ini sebagai hal ehwal keluarga,” menurut akaun Twitter kedutaan Arab Saudi.

Ketua Pegawai Imigresen Thai, Major General Surachate Hakparn pula memberitahu mereka tidak akan menghantar sesiapa pulang untuk dibunuh.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!