Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

James Bond: No Time To Die

Filem ‘James Bond: No Time To Die’ ditangguhkan lagi sehingga April 2021

MGM, Universal dan penerbit Bond, Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli telah mengumumkan filem James Bond: No Time To Die bakal ditangguhkan sekali lagi.

Filem yang sepatutnya ditayangkan pada awal tahun, sebelum ini telah ditangguhkan akibat penularan wabak covid-19 di seluruh dunia kepada tarikh 12 November 2020.

Kini filem ke-25 dalam siri James Bond, akan ditangguhkan sekali lagi sehingga tarikh 2 April 2021 untuk membolehkan ia ditonton di panggung wayang seluruh dunia.

Ia juga merupakan kali yang terakhir buat pelakon Daniel Craig memegang watak ejen 007, setelah lima kali memegang watak tersebut.

Watak James Bond yang diperkenalkan melalui novel, karya Ian Fleming, sebelum ini turut pernah dibintangi oleh pelakon Sean Connery, David Niven, George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, dan Pierce Brosnan.

Francais filem James Bond yang bermula dari tahun 1962 ini juga merupakan salah satu siri filem terpanjang dan berterusan dalam sejarah.



Baca artikel: 5 filem Hollywood yang berjaya ramal masa hadapan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!