Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Dodol Gerisik

Dodol Gerisik

Bahan-bahan:

  • Beras pulut – 1 kilogram
  • Gula merah – 500 gram
  • Gula putih – 200 gram
  • Santan – 3 cawan
  • Air – ½ cawan
  • Daun pisang – 2 helai

Cara menyediakan:

  1. Goreng beras pulut tanpa menggunakan minyak sehingga kekuningan.
  2. Kisar beras pulut yang telah siap digoreng hingga halus sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Cairkan gula merah dan gula putih bersama air di dalam kuali dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan hingga pekat dan berwarna keperangan.
  5. Asingkan ½ cawan berat pulut yang telah siap dikisar tadi dan selebihnya dimasukkan ke dalam campuran santan dan gula.
  6. Kacau perlahan-lahan hingga sebati selama kira-kira 1 jam.
  7. Taburkan beras pulut yang diasingkan tadi ke atas daun pisang.
  8. Dodol yang telah siap dimasak boleh diangkat dan dihidangkan di atas daun pisang.
  9. Dodol gerisik siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Kurangkan kolestrol dengan avokado

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!