Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Disney On Ice

Disney On Ice di Stadium Malawati, Shah Alam

‘Disney On Ice’ bakal mempersembahkan ‘Live Your Dreams’ di Stadium Malawati, Shah Alam bermula 26 Mac 2020 sehingga 29 Mac 2020.

Anda boleh menyaksikan bagaimana Moana menghadapi pelayaran yang dasyat dalam usaha untuk menyelamatkan pulaunya selain mencari identiti dirinya sendiri.

Disney On Ice

Disney On Ice

Selain itu, anda juga dapat berhibur bersama Miguel dengan gitarnya dari filem Coco yang percaya bahawa cinta tidak akan pudar selagi adanya muzik.

Antara watak-watak lain yang bakal turut menghiburkan penonton nanti adalah Anna & Elsa (Frozen), Belle (Beauty & The Beast) dan Cinderella.

Disney On Ice

Disney On Ice

Manakala acara tersebut akan dihoskan oleh Mickey dan Minnie Mouse untuk melengkapkan lagi malam Disney anda.

Harga tiket untuk persembahan tersebut pula mula dijual dengan harga RM58 sehingga RM378.

Layari laman sesawang prworldwidelive.com untuk mendapatkan tiket anda sekarang.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!