Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

De Bruyne menangi anugerah PFA

📷 : Instagram @kevindebruyne

De Bruyne menangi anugerah PFA

Pemain tengah pasukan Manchester City, Kevin De Bruyne menangi Anugerah Pemain Terbaik PFA (Professional Footballers’ Association) untuk musim 2019-20.

Walaupun pasukan Manchester City ketinggalan 18 mata di belakang pasukan Liverpool yang dibimbing oleh Jurgen Klopp, ia tetap tidak dapat menafikan musim yang gemilang buat Kevin De Bruyne.

Pemain kebangsaan pasukan Belgium tersebut menjaringkan 16 gol dan 23 assist di dalam semua kejohanan yang disertai. De Bruyne juga turut menyamai rekod Thierry Henry iaitu 20 assist dalam kejohanan Liga Perdana Inggeris untuk tempoh semusim.

Pemain pasukan Liverpool, Trent Alexander-Arnold pula dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA untuk musim 2019-20.

Pemain pasukan tahunan PFA: Nick Pope (Burnley); Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Caglar Soyuncu (Leicester City), Virgil van Dijk (Liverpool), Andy Robertson Liverpool); Kevin De Bruyne (Manchester City), Jordan Henderson (Liverpool), David Silva (Manchester City, kini bersama Real Sociedad); Sadio Mane (Liverpool), Jamie Vardy (Leicester City), Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal)

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!