Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Datuk Lee Chong Wei umum persaraan

Datuk Lee Chong Wei umum persaraan

Datuk Lee Chong Wei umum persaraan dari sukan badminton sebentar tadi melalui satu sidang media khas di Menara KBS, Putrajaya.

Keputusan ini dikatakan satu keputusan yang berat bagi dirinya kerana terpaksa berbuat demikian berpunca daripada masalah kesihatan setelah dinasihatkan oleh doktor.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada kepada KBS, MSN, ISN, BAM, serta Datuk Misbun Sidek dan isterinya sendiri kerana banyak membantu dalam kariernya.

Tambahnya lagi, selepas persaraan ini beliau akan membawa isterinya pergi berbulan madu kerana tidak sempat melakukannya sejak berkahwin pada tahun 2012.

Datuk Lee Chong Wei umum persaraan

Baca artikel: Bintang terbaik dunia menentang JDT

Manakala Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan hero negara kita Datuk Lee Chong Wei merupakan ikon untuk semua rakyat Malaysia.

Malah beliau turut mengumumkan Datuk Lee Chong Wei akan menjadi Chief de Mission untuk pasukan Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sumber gambar: Facebook @BAMalaysia & Instagram @leechongweiofficial

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!