Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Daging Gulung Cendawan

Daging Gulung Cendawan

Bahan-bahan:

  • Daging – 300 gram
  • Cendawan tiram – 10 gram
  • Cendawan hitam – 10 gram
  • Labu kuning – 200 gram
  • Serbuk sos perang – 50 gram
  • Serbuk cili – 1 sudu teh
  • Lada putih – 1 sudu teh
  • Bawang merah – 1 biji
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Rebus daging hingga lembut sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali sebelum menumis sebahagian bawang merah yang telah dihiris hingga naik bau.
  3. Masukkan cendawan tiram dan cendawan hitam.
  4. Kacau sehingga cendawan tersebut setengah masak.
  5. Masukkan secubit garam dan gaul hingga sebati.
  6. Angkat dan asingkan ke tepi hingga sejuk.
  7. Gunakan periuk yang berasingan untuk merebus labu hingga lembut dan lenyek.
  8. Sementara itu, daging dihiris nipis dan diketuk.
  9. Susun daging tersebut dan gaulkan dengan garam, lada putih serta serbuk cili.
  10. Letakkan cendawan yang telah digoreng setengah masak tadi ke atas daging dan gulungkannya.
  11. Bakar daging yang telah siap digulung dalam ketuhar pada suhu 160°c selama 15 minit.
  12. Letak labu yang telah siap direbus ke atas pinggan sebelum meletakkan daging yang telah dimasak di atasnya.
  13. Tumis sebahagian lagi bawang merah hingga naik bau.
  14. Masukkan air rebusan daging dan biarkan hingga mendidih.
  15. Masukkan serbuk sos perang, serbuk cili dan lada putih.
  16. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
  17. Tuangkan sos yang telah siap dimasak ke atas daging tadi.
  18. Daging Gulung Cendawan siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Tip hilangkan bau busuk peti ais

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!