Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Daging Dendeng

Daging Dendeng

Bahan-bahan:

  • Daging – 2 kilogram
  • Cili kering – secukupnya
  • Bawang kecil – ½ kilogram
  • Bawang besar – ½ kilogram
  • Halia – 2 sentimeter
  • Bawang putih – 20 ulas
  • Kicap lemak manis – ½ botol kecil
  • Air asam jawa – 1 mangkuk
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Serbuk perasa – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

Cara menyediakan:

  1. Rebus daging sehingga empuk.
  2. Potong daging yang telah siap direbus dengan hirisan yang nipis dan tumbuk sehingga daging tersebut pecah sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Hiris nipis bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan halia.
  4. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali.
  5. Goreng bahan-bahan hirisan tadi secara berasingan sehingga kekuningan sebelum diangkat dan diletakkan ke dalam mangkuk.
  6. Tambahkan minyak masak secukupnya ke dalam kuali.
  7. Masukkan cili kering yang telah siap dikisar ke dalam kuali sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan garam, gula dan kicap lemak manis.
  9. Masukkan air asam jawa.
  10. Masukkan daging tadi dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
  11. Masukkan bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan halia yang telah siap digoreng tadi.
  12. Masukkan serbuk perasa secukup rasa.
  13. Gaul seketika selama kira-kira 10 minit dengan menggunakan api perlahan.
  14. Daging Dendeng siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!