Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Masalah tidur berdengkur

Cuba cara ini untuk atasi masalah tidur berdengkur

Memiliki teman sebilik yang mengalami masalah tidur berdengkur boleh menjadikan sesiapa sahaja berasa kurang selesa. Tetapi bagi individu yang mengalami masalah tidur berdengkur tersebut pasti tidak menyedari masalah yang berlaku pada dirinya jika tidak diberitahu. Malah mereka juga pasti tidak suka dan berasa segan jika mengetahui dirinya berdengkur.

Masalah berdengkur tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti masalah kesihatan dan faktor persekitaran. Oleh itu, kongsikan tip-tip yang diberikan ini kepada mereka yang sering berdengkur untuk membantu mereka.

Berikut disenaraikan 7 cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tidur berdengkur.

1. Tingkatkan kelembapan bilik
Bilik yang panas dan kering boleh menjadikan seseorang berdengkur. Ia kerana saluran hidung anda menjadi kering ketika bernafas sehingga mengakibatkan seseorang itu terpaksa bernafas menggunakan mulut (mulut dan tekak akan bergetar sehingga menghasilkan bunyi dengkur). Oleh itu, penggunaan humidifier mungkin dapat membantu untuk meningkatkan kelembapan bilik.

2. Minum lebih banyak air masak
Dengan meminum lebih banyak air boleh membantu meningkatkan kelembapan pada saluran hidung.

3. Posisi tidur
Cuba posisi tidur mengereng ke tepi dan tinggikan sedikit bantal untuk berasa selesa. Posisi tidur baring seperti biasa mungkin menyebabkan kedudukan lidah menyekat saluran udara pada bahagian kerongkong sehingga mengakibatkan dengkur. Posisi tidur mengereng juga merupakan sunnah yang harus diikuti oleh orang yang beragama Islam.

4. Berat badan
Orang yang berbadan besar atau gempal selalunya turut memiliki leher yang besar. Ia juga bermakna anda memiliki saluran udara yang lebih kecil pada bahagian kerongkong sehingga mengakibatkan dengkur. Oleh itu, bersenam merupakan cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan.

5. Tidur yang mencukupi
Pastikan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti setiap hari. Tidur ketika badan sangat letih juga boleh menyumbangkan kepada masalah dengkur. Ia disebabkan otot-otot kita juga telah keletihan untuk menghalang kita dari berdengkur.

Baca artikel: 12 cara untuk mudah tidur malam

6. Elakkan kekeringan
Mandi air panas atau menggunakan semburan hidung sebelum tidur boleh mengurangkan kemungkinan untuk berdengkur.

7. Habuk
Bersihkan kekotoran dan habuk pada bilik tidur. Kesan habuk tersebut juga boleh mengakibatkan kita sukar untuk bernafas.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!