Jumlah kematian akibat Covid-19 telah mencecah angka 1,001,494 orang di seluruh dunia, manakala jumlah kes jangkitan pula dilaporkan mencecah angka 33,269,938 kes, setakat artikel ini ditulis.
Negara yang paling banyak mengalami kematian ialah Amerika Syarikat, iaitu sebanyak 209,412 orang. Manakala negara Asia yang paling banyak mengalami kematian ialah India, iaitu sebanyak 95,574 orang.

Malaysia pula setakat ini merekodkan 10,919 kes keseluruhan jangkitan covid-19, dengan 134 kematian.
Kuala Lumpur masih mencatat rekod kes tertinggi keseluruhan dengan 2,664 kes (18 kematian), diikuti oleh Selangor 2,235 kes (24 kematian), dan Sabah 1,671 kes (10 kematian).
Beringatlah kita masih belum menang. Terus patuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan covid-19.
Ikuti laman web Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselematan Negara untuk mengetahui perkembangan terkini kes covid-19 di Malaysia.
Baca artikel: 8 perkara yang boleh dilakukan ketika bercuti di rumah

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Hanya garam beriodin yang dijual di pasaran bermula 1 Januari 2021
Donald Trump hentikan kemasukan pelancong dari Eropah ke Amerika Syarikat
Pencemaran udara di China semakin berkurangan