Malaysia memang dikenali dengan pelbagai jenis masakan pedas seperti asam pedas, masak lemak, kari dan sambal. Malah ada juga yang akan meminta cili potong setiap kali makan di kedai, kerana mahukan rasa pedas.
Bagaimanapun, rasa pedas itu adalah berbeza bagi setiap orang. Orang Negeri Sembilan dan Melaka yang tidak memakan masakan pedas boleh dianggap sebagai pelik, berbanding kebanyakan orang Pantai Timur yang lebih gemar makanan manis.
Tetapi bagaimana pula jika anda ialah seorang yang tidak tahan pedas? Gunakan cara ini untuk menghilangkan rasa pedas.
Susu
Minuman bersusu mampu untuk menghilangkan rasa pedas. Selain susu, anda juga boleh menggantikannya dengan produk tenusu yang lain seperti yogurt, keju atau aiskrim untuk menghilangkan rasa pedas tersebut.
Madu
Rasa manis seperti madu mampu kurangkan rasa pedas. Sebab itu, gula juga sering digunakan di dalam masakan untuk mengurangkan rasa pedas.
Roti
Roti mengandungi kanji yang mampu bertindak sebagai pelindung lidah dan menyerap rasa pedas. Selain roti, nasi juga mengandungi kanji yang boleh mengurangkan rasa pedas.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Petua supaya nasi lambat basi
Gunakan bahan dari dapur untuk putihkan gigi
Apakah khasiat kunyit untuk kesihatan?