Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Serangan strok

Cara elak serangan strok

Kira-kira 5 juta orang mati diakibatkan oleh serangan strok dalam tempoh setahun di seluruh dunia. Ia berlaku disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat (ischemic), atau berlakunya pendarahan di bahagian otak (hemorrhagic).

Antara faktor yang mampu menyumbang kepada serangan strok ialah tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, obesiti dan merokok.

Tanda-tanda serangan strok

  • Sebahagian badan berasa lemah
  • Hilang deria rasa pada bahagian muka
  • Sakit kepala yang melampau
  • Penglihatan semakin kabur
  • Hilang keseimbangan ketika berjalan
  • Kebas

Tetapi bagaimanakah cara untuk elakkan diri anda atau orang yang disayangi daripada terkena strok?

Menurut kajian, cara hidup yang sihat mampu mengurangkan sebanyak 80% risiko daripada terkena serangan strok. Ia termasuklah cara bagaimana anda mengawal diet, senaman dan tidak merokok.

Cara yang terbaik untuk elak serangan strok ialah melalui pemakanan. Memakan makanan yang seimbang adalah sangat penting, terutamanya yang berasaskan sayuran dan bijirin. Selain itu, makanan yang berasaskan B12 juga adalah sangat penting.

Senarai makanan yang kaya dengan vitamin B12

  • Kerang
  • Ikan sardin
  • Ikan tuna
  • Ikan trout
  • Ikan salmon
  • Daging lembu
  • Sereala
  • Susu
  • Telur

Manakala makanan yang berasaskan sayuran pula sangat penting kerana ia mengandungi fiber yang baik untuk kesihatan. Malah ia juga mengandungi antioksidan yang mampu mengurangkan keradangan dan mencegah pembentukan plak di arteri, serta membantu untuk melancarkan aliran darah.

Oleh itu, amalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat untuk mengurangkan risiko diserang strok.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!