Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

cara membuat kata laluan

Cara bijak untuk membuat kata laluan

Salah satu masalah terbesar pengguna internet adalah untuk mengingati pelbagai kata laluan untuk akaun emel dan media sosial. Walaupun dengan memiliki kata laluan yang boleh dikatakan sebagai selamat, ia tetap memberikan masalah kepada kita apabila terlupa kata laluan tersebut.

Itulah sebabnya kita harus belajar untuk menghasilkan kata laluan yang sukar, tetapi mudah untuk diingati.

Berikut disenaraikan 7 perkara yang harus dilakukan, untuk memudahkan anda mengingati kata laluan yang sukar;

  1. Bina sebuah frasa atau ayat. Kemudian pilih sesuatu dengan huruf besar, huruf kecil, angka dan simbol.
  2. Bina kata laluan dengan huruf pertama setiap perkataan untuk dijadikan akronim.
  3. Sekiranya akronim anda tidak mempunyai nombor, gunakan nombor sebagai ganti kepada salah satu huruf. Sebagai contoh, gantikan huruf “o” dengan nombor “0” (kosong).
  4. “Orang Kata Kepala Saya Botak Tetapi Masih Kacak”, akan menjadi ‘0kKs8Tmk’.
  5. Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk setiap akaun. Gunakan ‘kata laluan asas’ yang sama dan kemudian tambahkan beberapa huruf atau angka. Contohnya, kata laluan untuk akaun Facebook akan menjadi ‘0kKs8Tmk4Fb’, manakala kata laluan untuk akaun Instagram akan menjadi ‘0kKs8Tmk4Ig’. Kini anda hanya perlu mengingati kata laluan tambahan yang unik kepada setiap akaun.
  6. Cetak frasa atau ayat berdasarkan kata laluan anda, dan letak di sebelah komputer atau di dalam telefon. Tetapi jangan pula anda mencetak kata laluan tersebut!
  7. Untuk menjadikan ia lebih selamat, ubah kata laluan tersebut setiap beberapa bulan.

Baca artikel: 6 teknologi yang mungkin akan hilang pada masa akan datang

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!