Kaki yang basah atau berpeluh akan menyebabkan kaki berbau terutamanya jika anda memakai kasut. Ia adalah disebabkan oleh bakteria yang terdapat pada kaki dan kasut anda.
Penampilan anda juga mungkin akan terjejas jika memiliki masalah kaki berbau. Malah ia juga akan menimbulkan bau dan perasaan yang kurang menyenangkan pada orang sekeliling.
Amalkan tip-tip berikut untuk menghilangkan bau pada kaki dan kasut.
Rendam kaki dalam air garam
Rendamkan kaki ke dalam air garam selama setengah jam pada setiap hari dan lakukannya selama 2 minggu. Ia akan mengurangkan kelembapan dan bakteria pada kaki.
Rendam kaki menggunakan cuka
Caranya sama seperti menggunakan air garam. Hanya rendamkan kaki ke dalam campuran 1/3 cuka, dan 2/3 air.
Semburkan bahagian dalam kasut
Gunakan semburan anti bakteria ke bahagian dalam kasut atau pada stokin.
Jangan pakai kasut atau stokin basah
Memakai kasut atau stokin yang basah boleh mempercepatkan pembiakan bakteria pada kaki. Jemurkan kasut pada panas matahari untuk mempercepatkan proses pengeringan kasut.
Keringkan kaki sebelum memakai kasut
Seperti yang diketahui, kelembapan pada kaki akan menggalakakkan bakteria. Oleh itu, keringkan dahulu sebelum memakai stokin dan kasut.
Pakai bedak pada kaki
Memakai bedak pada kaki sebelum memakai stokin. Ia kerana bedak mampu mengurangkan kelembapan pada kaki. Bedak yang disarankan ialah baby powder, tetapi jangan memakainya terlalu banyak.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
10 tanda kucing sayangkan anda
Rahsia pada rekaan pakaian yang tidak diketahui ramai
Kenapa bermain dengan anak patung adalah penting untuk kanak-kanak?