Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

foodpanda

Caj penghantaran FOODPANDA dikurangkan sempena tahun 2019

Perkhidmatan penghantaran makanan foodpanda memulakan tahun 2019 dengan caj penghantaran makanan yang lebih rendah.

Caj penghantaran untuk anda yang berada di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya kini hanya dikenakan caj RM3, berbanding RM5 sebelum ini. Manakala bagi anda yang berada di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, caj penghantaran telah dikurangkan kepada RM2 sahaja. Selain itu, perbelanjaan minimum untuk anda menggunakan perkhidmatan foodpanda juga telah dikurangkan menjadi RM10 sahaja di seluruh negara.

Dengan jumlah perbelanjaan minimum RM12 (RM13 bagi beberapa kawasan), pasti menjimatkan lagi perbelanjaan dan masa anda. Maka anda tidak ada alasan lagi untuk berlapar kerana kesuntukan masa waktu rehat di pejabat.

Cara untuk memesan makanan juga adalah sangat mudah. Anda hanya perlu melayari laman sesawang foodpanda.my, atau memuat turun aplikasi menggunakan iOS atau Android.

foodpanda juga boleh dihubungi melalui media sosial berikut;
Facebook: fb.com/FoodpandaMalaysia
Twitter: twitter.com/foodpanda_my
Instagram: @foodpandamy

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!