Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Barcelona lakukan potongan gaji

📷 : Instagram @fcbarcelona

Barcelona bersedia lakukan potongan gaji selepas umumkan kerugian melebihi RM472 juta

Barcelona dilaporkan terpaksa melakukan pemotongan gaji terhadap pemain bintang mereka. Langkah itu dilakukan untuk mengurangkan beban masalah kewangan mereka ketika pandemik covid-19 masih berlarutan.

Para pemain Barcelona sebelum ini telah melakukan pemotongan gaji sebanyak 70% pada bulan Mac, untuk memastikan semua kakitangan pasukan itu menerima gaji mereka.

Setelah mengumumkan kerugian sebanyak 97 juta euros (RM472 juta), Barcelona kini dilaporkan telah meminta para pemain untuk melakukan pemotongan gaji sekali lagi, walaupun masih belum jelas sama ada ia akan memberikan hak untuk pemain membatalkan kontrak dan melepaskan diri secara percuma.

Tetapi jika ia berlaku, semua pemain dan kakitangan pasukan akan melakukan potongan gaji dalam masa beberapa minggu atau bulan akan datang.

 

View this post on Instagram

 

💪 @leomessi

A post shared by FC Barcelona (@fcbarcelona) on

Seorang pemain akan dilantik untuk mewakili skuad tersebut ketika berbincang dengan ahli lembaga pengarah mengenai pemotongan gaji tersebut.

Sebelum ini, Lionel Messi ialah wakil mereka. Tetapi kini pemain bintang itu sedang bersama pasukan Argentina untuk tugasan antarabangsa, dan ia menyukarkan skuad Barcelona untuk memilih siapa yang bakal mewakili mereka.

Kini isu utama yang perlu diselesaikan oleh Barcelona sebelum meneruskan pemotongan gaji tersebut ialah bagaimana untuk menyelesaikan masalah undang-undang pekerja di Sepanyol.

Menurut laporan media Sepanyol, badan kehakiman di Sepanyol telah menjelaskan bahawa pemain dan pekerja mungkin memiliki hak undang-undang untuk membatalkan kontrak mereka jika perjanjian diubah atas sebab kewangan. Ia sekaligus membolehkan Lionel Messi dan rakan-rakannya untuk membatalkan kontrak mereka dan berhijrah ke kelab lain secara percuma.

Baca artikel: Bagaimana pasukan Eropah uruskan penyokong bola sepak di stadium ketika Covid-19

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!