Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

kekal positif di tempat kerja

Bagaimana untuk kekal positif di tempat kerja?

Bukan semua orang berjaya mendapatkan kerjaya yang diimpikan. Kadang-kadang kita terpaksa melakukan perubahan untuk mendapatkan kerja untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian. Tetapi jika anda berjaya mendapatkan pekerjaan yang diimpikan, mungkin ada beberapa faktor lain pula yang membuatkan anda berasa tidak gembira.

Untuk membantu anda berasa gembira, berikut disenaraikan 6 cara untuk anda kekal positif di tempat kerja;

1. Periksa persekitaran tempat kerja
Anda mungkin terikat dengan beberapa rakan sekerja yang sama, tetapi anda masih boleh memilih untuk rapat dengan siapa. Sekiranya rakan sekerja anda selalu bercakap buruk atau mengadu mengenai majikan atau pekerjaan secara umum, anda akhirnya mungkin akan terpengaruh dengan kata-kata darinya. Akhir sekali anda mungkin akan membenci majikan dan pekerjaan anda sendiri. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu berkawan dengan kumpulan yang suka mengampu majikan, kerana ia tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada syarikat.

2. Belajar sesuatu yang baharu
Anda mungkin merasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan kerana terpaksa melakukan perkara yang sama setiap hari. Sekiranya perkara ini berlaku, pelajari sesuatu kemahiran baharu yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Ia mungkin akan menjadikan anda lebih mahir.

3. Cari peranan kerja yang lain
Anda mungkin lebih mahir dalam peranan kerja yang lain. Jika ia mendorong anda untuk mempelajari kemahiran baharu dan menjadikan anda lebih baik dalam pekerjaan, ia mungkin merupakan masa yang tepat untuk anda cuba peluang baharu tersebut.

4. Berehat
Selalunya kita akan keluar makan tengah hari bersama rakan sekerja. Sekiranya anda melakukan perkara tersebut, pastikan anda tidak keluar bersama orang yang sering bercerita mengenai kerja. Ia merupakan masa untuk anda berehat dan menghilangkan tekanan di tempat kerja.

5. Jangan bawa kerja pulang ke rumah
Kita telah menghabiskan banyak masa di tempat kerja. Maka ia adalah sangat penting untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian. Tinggalkan semua kerja di meja pejabat, kerana anda perlu menikmati masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

6. Bersyukur
Anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kerjaya anda pada masa kini, jika anda merupakan seorang penganggur. Adakah anda menyukai pekerjaan anda ketika mula-mula dilantik? Jika ya, anda seharusnya rasa bersyukur dengan kerjaya yang anda miliki sekarang. Mengamalkan sikap bersyukur dapat mengubah keseluruhan sikap anda terhadap pekerjaan.

Baca artikel: Kenapa anda perlu tidur pada waktu tengah hari?

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!