Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Bagaimana pasukan Eropah uruskan penyokong bola sepak di stadium ketika Covid-19

Bagaimana pasukan Eropah uruskan penyokong bola sepak di stadium ketika Covid-19

Ketika liga bola sepak di Malaysia masih lagi beraksi tanpa kehadiran penyokong ke stadium kerana Covid-19, beberapa liga utama di Eropah telah membenarkan kehadiran penyokong ke stadium seperti Jerman, Perancis dan Belanda.

Jom kita lihat bagaimana pasukan Eropah ini uruskan penyokong bola sepak mereka di stadium ketika wabak Covid-19 masih lagi melanda seluruh dunia.

Bundesliga
Jerman ialah antara negara pertama yang memulakan liga dengan kehadiran penonton di eropah. Enam daripada sembilan perlawanan dibenarkan untuk dihadiri oleh penyokong tuan rumah pada perlawanan pertama liga mereka, dengan hanya 10% hingga 25% sahaja kerusi tempat duduk penonton boleh dipenuhi. Ia menjadikan kehadiran penonton antara 4,600 orang hingga 9,300 orang sahaja.

Ligue 1
Liga pertama di Eropah yang terpaksa dibatalkan kerana Covid-19, dengan terus menganugerahkan kejuaraan kepada pasukan Paris Saint-Germain. Jumlah kehadiran penonton di stadium ketika ini ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan, dengan hampir semua kelab bersetuju untuk membenarkan maksimum 5,000 penonton sahaja tanpa mengira saiz stadium.

Eredivisie
Pada bulan April, negara Belanda telah membatalkan liga bola sepak mereka tanpa ada juara dan penyingkiran. Para penyokong mereka kini boleh menghadiri stadium dengan kawalan ketat termasuk menjarakkan diri sejauh 1.5 meter daripada kumpulan keluarga penyokong yang lain. Selain itu, mereka juga tidak dibernarkan bersorak, menyanyi dan menjerit ketika berada di stadium.

Baca artikel: Kazuyoshi Miura jadi pemain tertua beraksi di liga Jepun pada usia 53 tahun

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!