Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Bagaimana memilih pekerjaan yang sesuai?

Sama ada anda sedang mencari pekerjaan pertama atau untuk karier terbaik, anda perlu bijak mencari dan memilihnya. Perkara utama yang perlu dilakukan ialah bertanya kepada diri sendiri soalan yang penting iaitu “Adakah saya benar-benar mahu bekerja di sini?”

Kebanyakan pencari kerja kali pertama tidak mengendahkan perkara utama ini kerana teruja untuk menerima tawaran yang pertama. Terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira, iaitu keserasian kerja dengan kemahiran, gaya hidup dan cita-cita. Untuk membantu anda membuat pilihan yang paling bijak, ketahui tujuh perkara yang perlu anda nilai ketika memikirkan tawaran kerja;

1. Manfaat
Mulakan dengan mencari berapa banyak perlindungan perubatan dan pergigian anda akan dapat. Anda juga perlu mengambil kira faedah kewangan lain yang datang dengan kerja, seperti pembayaran balik pengajian/latihan, bonus, pembayaran balik perbelanjaan penempatan semula dan bantuan membeli rumah.

2. Lokasi
Anda harus mengambil kira kadar sewa dan kos sara hidup di tempat kerja yang ditawarkan. Pilih lokasi dengan kos sara hidup yang lebih rendah untuk mendapat nilai gaji yang lebih besar. Pertimbangkan lokasi yang boleh memberikan kemudahan kepada anda.

3. Perjalanan pergi dan balik
Pertimbangkan perjalanan pergi dan balik. Adakah anda akan terpaksa melalui perjalanan yang sesak atau ada laluan yang lebih lancar ke pejabat? Apakah pengangkutan awam suatu pilihan? Pastikan anda mengambil kira kos tambang bas, bayaran letak kereta atau tol.

4. Peluang untuk kemajuan kerjaya
Dapatkan maklumat lanjut jika sesuatu kerja itu boleh memberikan anda kemajuan yang lebih baik daripada yang lain seperti meningkatkan peluang anda untuk menjadi orang atasan.

5. Persekitaran kerja
Anda harus pastikan anda sukakan tempat itu dan sesuai bagi anda. Ini termasuklah etika pemakaian dan sama ada anda mendapat sebuah bilik atau kubikel. Ketahui juga sama ada nilai-nilai syarikat sepadan dengan anda.

6. Tahap tanggungjawab
Anda mahu pekerjaan yang akan membolehkan anda menggunakan semua pengetahuan dan memantapkan kemahiran anda, bukannya seseorang yang menyuruh anda membuat kopi. Tetapi anda harus ingat bahawa anda mungkin tidak mendapat pekerjaan impian anda sebaik tamat pengajian.Anda mungkin perlu untuk bekerja di beberapa bahagian dan anda perlu mengambil peluang untuk menaiki tangga kerjaya.

7. Di manakah anda mahu berada dalam sepuluh tahun?
Adakah kerja ini akan membawa ke mana anda mahu pergi dengan kerjaya anda? Walaupun anda mendapat tawaran gaji yang tinggi pada sesuatu kerja, anda harus mempertimbangkannya agar ia sejajar dengan matlamat jangka panjang anda. Memberi tumpuan semata-mata pada gaji permulaan anda adalah suatu pemikiran untuk jangka pendek. Anda perlu melihat gambaran yang lebih besar.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!