Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

media sosial pengaruhi minda

Bagaimana media sosial pengaruhi minda anda?

Media sosial ialah sejenis perniagaan bertaraf antarabangsa dan penuh data peribadi kita. Tetapi tahukah anda bahawa mereka juga memanipulasi kita?

Jika anda mahu tahu bagaimana media sosial pengaruhi minda kita, teruskan membaca artikel ini.

 


Merah
Merah bermaksud bahaya. Tiada siapa yang peduli simbol notifikasi Facebook yang berwarna biru pada ketika dahulu. Selepas mereka mengubahnya kepada warna merah, kita jarang terlepas untuk membaca notifikasi tersebut.

 


Pilihan jawapan
Media sosial tidak pernah menerima jawapan “tidak” daripada anda. Mereka hanya menyediakan “ya” dan “bukan sekarang” sebagai pilihan jawapan terhadap apa yang mereka mahu lakukan kepada anda.

 


Eksploitasi perasaan sedih
Seperti Instagram, kebiasaannya anda akan mendapat tanda ‘suka’ pada gambar yang anda muat naik. Malah anda pasti akan merasa gembira setiap kali mendapat tanda ‘suka’ tersebut. Jadi mengapa tidak memuat naik gambar untuk menghilangkan perasaan sedih.

 


Mengintip kelakuan pengguna
Tahukah anda Facebook akan mengkaji kelakuan pengguna mereka. Setiap laman web yang mempunyai pautan ke Facebook akan melaporkan aktiviti anda di laman web mereka kepada Facebook. Kerana itu anda akan melihat iklan yang berkaitan dengan sesuatu yang anda cari di laman web lain.

 


Syarikat ialah kawan
Berapa kali anda melihat syarikat yang menggunakan akaun Facebook, dan membalas komen-komen daripada pelanggan mereka seperti kawan mereka sendiri. Ia merupakan strategi pemasaran baik yang telah diperkenalkan oleh Facebook.

 

Baca artikel: Bagaimana memilih pekerjaan yang sesuai?

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!