Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Ayam Panggang

Ayam Panggang

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam 1.2kg > 1.5kg

Bahan kisar:

  • 1 kiub ayam knorr / maggi
  • 1 inci halia
  • 1 senduk kecil sos black pepper
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • garam (1 sudu teh)
  • gula (1 sudu makan)
  • air 100ml

Bahan perapan:

  • 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
  • 2 sudu madu
  • 3 sudu minyak zaitun

Cara perapan:

  1. Bersihkan ayam dan masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam.
  2. Campurkan bahan perapan bersama bahan-bahan yang telah dikisar dan gaul hingga sebati.
  3. Lumurkan semua bahan ke atas ayam sehingga rata.
  4. Perapkan ayam di dalam peti ais (sejuk beku) selama 2 jam.

Cara memasak:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’c-200’c.
  2. Bakar antara 1 jam sehingga 1 jam setengah menggunakan api atas dan bawah.
  3. Pindahkan ayam ke dalam bekas dan sedia untuk dihidangkan.

*Siram ayam dengan kuah perapan dan tuang sedikit minyak supaya ayam tidak kering selepas setengah jam pertama.
*Gunakan suhu yang lebih tinggi jika menggunakan ketuhar yang besar.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!