Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil) – 1 ekor
  • Santan – 500 ml
  • Cili padi (ditumbuk) – 80 gram
  • Kunyit hidup (ditumbuk) – 20 gram
  • Serai (dititik) – 5 batang
  • Asam gelugur – 2 keping
  • Ubi kentang (dipotong empat) – 2 biji
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ayam sebelum dipotong kepada beberapa bahagian mengikut cita rasa.
  2. Panaskan kuali dan masukkan potongan ayam bersama bahan yang ditumbuk serta serai.
  3. Masukkan santan dan kentang.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga mendidih.
  5. Masukkan asam gelugur serta garam secukup rasa.
  6. Biarkan mereneh seketika sebelum api ditutup.
  7. Angkat dan hidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!