Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Ayam Black Pepper

Ayam Black Pepper

Bahan-bahan:

  • Dada ayam – 1 bahagian
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Minyak zaitun – secukupnya
  • Pasley – secukup rasa
  • Jus lemon – secukup rasa
  • Demi glace (Sos klasik Perancis) – 1 cawan
  • Air – 1 liter
  • Cendawan – 1 biji
  • Lada hitam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Perap dada ayam bersama hirisan bawang putih, minyak zaitun, pasley dan jus lemon.
  2. Bungkus ayam yang telah siap diperap menggunakan kerajang aluminium.
  3. Bakar ayam tersebut di dalam ketuhar selama 25 minit dengan suhu 180°c atau sehingga masak.
  4. Masukkan air serta demi glaze ke dalam periuk dan panaskan sehingga pekat.
  5. Masukkan lada hitam dan kacau sos tersebut hingga sebati.
  6. Masukkan cendawan yang telah dipotong halus dan biarkan masak seketika.
  7. Curahkan sos black pepper ke atas ayam yang telah siap dibakar.
  8. Ayam Black Pepper siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Gunakan buah pelaga untuk atasi masalah angin dalam badan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!