Tiada siapa di dunia yang ini yang tidak pernah melakukan kesalahan. Cef terbaik di dunia juga pernah melakukan kesalahan ketika berada di dapur.
Mungkin anda merasakan apa yang anda lakukan itu adalah lebih baik, tanpa mengetahui ia adalah satu kesalahan, atau mungkin juga anda terlupa. Mari kita lihat senarai kesalahan yang mungkin pernah kita lakukan ketika berada di dapur.
Tidak memanaskan minyak ke dalam kuali sebelum memasak
Ia adalah perkara paling asas sebelum memasak menggunakan kuali. Jika tidak, bahan masakan anda akan mengambil masa yang lama untuk dimasak, selain ia akan melekat ke bahagian permukaan kuali.
Meletakkan bahan-bahan masakan terlalu banyak ke dalam kuali
Menggunakan kuali yang kecil untuk memasak dalam kuantiti yang banyak, sehingga bahan masakan tersebut bertindih di dalam kuali merupakan perkara yang salah. Kesalahan itu akan menyebabkan anda perlu memasaknya dalam masa yang lebih lama. Dapatkan kuali yang lebih besar untuk anda memasak.
Menggunakan kuali anti-lekat (non-stick) yang lama
Kuali bersalut teflon akan menghasilkan asap berbahaya apabila berada pada suhu tinggi. Kuali yang bercalar akan menghasilkan kesan asap yang lebih berbahaya, selain merosakkan kualiti makanan yang dimasak. Pengeluar kuali anti-lekat, DuPont juga mengesyorkan supaya anda membuang kuali tersebut setelah digunakan selama 3-5 tahun.
Tidak menyimpan makanan dengan betul
Tabiat memang agak sukar untuk diubah. Mungkin anda menyimpan roti ke dalam peti sejuk, kerana ibu anda juga melakukannya. Tetapi peti sejuk bukanlah tempat yang sesuai untuk menyimpan roti. Kentang, bawang merah dan bawang putih pula perlu disimpan di tempat yang gelap, sejuk dan memiliki sistem pengudaraan yang baik. Manakala rempah ratus harus disimpan di dalam bekas yang kedap udara untuk mengekalkan kualiti rasa rempah tersebut.
Tidak menajamkan pisau
Kerja anda akan lebih mudah jika menggunakan pisau yang lebih tajam. Jika boleh, jangan gunakan pisau yang sama untuk memotong daging dan sayuran.
Membuang sisa minyak ke dalam sinki
Membuang sisa minyak ke dalam sinki akan menyebabkan sistem paip di rumah anda bermasalah, selain memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar. Cara terbaik ialah memasukkannya ke dalam bekas sebelum dihantar ke pusat kitar semula, selain menggunakan serbuk pengeras minyak jika mahu membuangnya ke dalam tong sampah.
Menggunakan span pencuci yang kotor
Bilakah kali terakhir anda menggantikan span pencuci di dapur? Jangka hayat baik untuk span pencuci adalah selama kira-kira 30 hari sahaja. Lebih baik jika anda menggantikannya setiap 2 minggu.
Rasa menggunakan peralatan memasak
Setiap tukang masak harus menggunakan sudu bersih setiap kali hendak merasa masakan yang sedang dimasak. Tukang masak juga tidak boleh menghidu aroma masakan pada jarak dekat, selain menggaru telinga dan hidung, batuk atau bersin berhampiran tempat memasak. Perkara ini adalah untuk mengelakkan bakteria memasuki masakan anda.
Menggunakan papan pemotong yang sama
Kebanyakan tukang masak di rumah menggunakan papan pemotong yang sama ketika memotong pelbagai benda di dapur. Kita seharusnya menggunakan papan pemotong yang berlainan untuk memotong daging dan sayuran. Menggunakan papan pemotong jenis plastik pula akan memudahkan anda untuk membersihkannya. Anda juga perlu mengeringkan papan pemotong yang telah dibasuh, sebelum menyimpannya. Ia kerana bakteria amat sukakan permukaan yang lembap.
Baca artikel: 10 makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk
No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Petua supaya nasi lambat basi
Gunakan bahan dari dapur untuk putihkan gigi
Apakah khasiat kunyit untuk kesihatan?