Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

tabiat gembira

8 tabiat yang harus dilakukan untuk lebih gembira

Kita semua pernah menghadapi hari yang teruk dalam kehidupan ini. Tetapi pasti akan ada seseorang yang sentiasa kelihatan gembira, walaupun dia mengalami nasib yang hampir sama seperti anda.

Jom kita cuba lakukan aktiviti yang selalu dilakukan oleh orang yang sentiasa kelihatan gembira, kerana kajian sains dan psikologi mengatakan bahawa orang yang bahagia akan lebih berjaya dan cenderung untuk hidup lebih lama.

Menurut kajian, 8 tabiat berikut mungkin menjadi antara faktor untuk seseorang berasa lebih gembira;

  1. Mengikut jadual
    Menurut pakar psikologi dan penulis buku “But It’s Your Family: Cutting Ties with Toxic Family Members”, kehidupan seseorang akan menjadi kurang tertekan dan mudah dikendalikan jika mengikuti jadual secara teratur. Seseorang yang mengikuti jadual atau rutin kehidupannya secara teratur, selalunya akan memberikan masa untuk diri sendiri berehat. Kekurangan masa untuk berehat akan menjadikan seseorang berasa lebih tertekan.
  2. Menetapkan matlamat yang realistik
    Anda harus menetapkan matlamat secara bijak dan realistik. Kegagalan untuk mencapai matlamat akan menjadikan seseorang berasa lebih sedih. Sebagai contoh jika mahu bersenam? Tetapkan matlamat yang lebih realistik dan lebih rendah seperti, “Saya akan berbasikal sejauh 80 kilometer sehari” yang akan membantu anda untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Pastikan anda tidak terlalu mengikut matlamat yang ditetapkan oleh orang lain, kerana anda pasti lebih mengenali diri sendiri.
  3. Selalu memberi
    Selalukan memberi derma, sedekah dan zakat. Ketika memberi, anda akan berasa lebih menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada anda selama ini. Ia juga sekaligus akan menjadikan anda berasa lebih bahagia.
  4. Tidak mengapa untuk berkata “Tidak”
    Dipaksa mengambil bahagian dalam aktiviti atau menolong orang lain kerana rasa serba salah akan mendorong perasaan benci pada diri anda terhadap seseorang yang memintanya. Kadangkala anda harus mementingkan diri sendiri. Orang yang gembira memahami keindahan dalam menetapkan batas terhadap sesuatu perkara. Kerana itulah anda perlu berkata “tidak” kepada seseorang untuk perkara yang tidak dapat anda lakukan.
  5. Bersikap fleksibel
    Apabila sesuatu perkara tidak berjalan seperti yang dirancang, belajar cara untuk bangkit semula. Anda harus lebih fleksibel untuk mencari peluang baharu dan mendengar pendapat daripada orang lain. Tidak semua perkara yang kita lakukan adalah betul.
  6. Bercuti
    Terlalu sibuk dengan berkerja akan menjadikan anda lebih tertekan. Pergilah bercuti walaupun hanya pada hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan. Bercuti ke tempat-tempat yang tidak pernah anda kunjungi selama ini akan memberikan makna dalam kehidupan, selain menjadikan diri anda berasa lebih bersyukur.
  7. Luangkan masa bersama keluarga dan rakan
    Makan tengah hari bersama keluarga dan melepak bersama rakan-rakan boleh dikatakan sebagai cara paling mudah untuk berasa gembira. Tidak kira bagaimana anda meluangkan masa tersebut, tetapi keluarga dan rakan yang benar-benar baik dengan anda akan sentiasa bersama ketika saat susah dan senang. Manakala pekerjaan anda boleh digantikan dengan orang lain, jika syarikat sudah tidak memerlukan khidmat anda.
  8. Menghargai diri sendiri
    Orang yang sering tidak berasa gembira, selalunya akan merasa lebih rendah diri dan tidak ada keyakinan terhadap diri sendiri. Kerana itu, anda perlu belajar untuk menghargai dan menyayangi diri sendiri.

Baca artikel: Hindari tekanan perasaan jika tidak mahu perkara ini terjadi!

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!