Pasti kita pernah mengambil cuti dan duduk sahaja di rumah; tanpa pergi ke mana-mana destinasi menarik. Tetapi apakah aktiviti yang boleh dilakukan di rumah terutamanya jika kita sedang mengambil cuti panjang untuk menghabiskan cuti tahun?
Ikuti 7 perkara yang boleh dilakukan ini ketika bercuti di rumah untuk menghilangkan rasa bosan;
- Menonton televisyen/filem
Menonton televisyen ketika bercuti di rumah ini boleh dikatakan sebagai aktiviti paling popular terutamanya buat penggemar filem. Jika anda penggemar Marvel, anda boleh menonton filem-filem MCU secara maraton. - Bermain permainan video
Jika anda memiliki PS4, XBOX, Nintendo Switch, atau komputer untuk bermain permainan video, ia boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan. Dengan pelbagai variasi jenis permainan video yang terdapat di pasaran sekarang, anda hanya perlu memilih genre permainan yang bersesuaian dengan minat anda. - Tidur
Ini mungkin kedengaran agak menyedihkan. Tetapi tidur merupakan aktiviti yang bagus untuk menenangkan fikiran, dan melupakan seketika semua masalah di tempat kerja. - Menulis novel
Anda boleh menulis catatan harian di dalam diari, tetapi anda bukan budak kecil lagi untuk terus melakukannya. Menulis novel ialah pilihan terbaik buat anda yang gemar menulis. Fikirkan mengenai dunia fantasi anda bersama jalan cerita yang menarik sebelum diterjemahkan ke dalam penulisan anda. - Bersenam
Bila lagi masa terbaik untuk anda menjaga kesihatan sendiri?Kurangkan berat badan, dan bina otot anda dengan bersenam boleh menjadikan anda lebih sihat. - Belajar memasak
Jika selama ini anda hanya tahu cara memasak mi segera sahaja, maka inilah masanya untuk anda belajar memasak. Banyak resipi-resipi menarik yang boleh dipelajari di internet. - Tidak buat apa-apa
Kedengaran seperti mudah, tetapi ia adalah perkara yang sangat sukar dilakukan. Anda boleh cuba mengosongkan fikiran anda dengan bermeditasi. Di negara Belanda, mereka mempunyai falsafah yang disebut “niksen“, yang bermaksud “jika tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan, maka jangan buat apa-apa”. - Beribadah
Jika anda seorang yang beragama Islam, mendekati diri kepada Allah ialah pilihan yang terbaik. Anda boleh mula melakukannya dengan mengaji al-Quran di rumah.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Bagaimana untuk elak penyeluk saku ketika bercuti?
5 tempat paling misteri di dunia
Panduan mengemas bagasi sebelum bercuti