Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Bercuti secara berkumpulan

7 tip bercuti secara berkumpulan

Bercuti secara berkumpulan boleh menjadi percutian terbaik atau yang paling buruk. Ia kerana mereka bakal menjadi memori yang kita simpan sebagai kenangan yang terindah atau sebaliknya.

Malah banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama seperti lawak jenaka dan sesi pembelajaran yang boleh kita dapati sepanjang percutian tersebut.

Namun ia memerlukan perancangan yang terperinci untuk mengelakkan masalah dan menjadikan percutian anda menjadi teruk pada kemudian hari.

Ikuti 7 tip bercuti secara berkumpulan berikut yang mungkin dapat membantu anda mendapatkan percutian hebat.

1. Ketua kumpulan
Kumpulan anda boleh dianggap sebagai satu organisasi. Setiap organisasi yang berjaya juga memerlukan ketua yang bagus. Bagaimanapun setiap aktiviti percutian masih memerlukan perbincangan secara kumpulan.

2. Bajet
Setiap percutian pasti memerlukan bajet yang tertentu. Letakkan bajet paling tinggi supaya anda tidak perlu menambah duit sepanjang percutian tersebut. Membuat tabung percutian dengan menjual barangan terpakai serta surat khabar lama juga boleh membantu anda untuk mendapatkan bajet yang lebih. Lebihan wang daripada bajet tersebut boleh dipulangkan kepada setiap ahli selepas percutian tersebut atau dihabiskan dengan mengadakan majlis makan-makan.

3. Tempahan tiket penerbangan dan penginapan
Harga tiket penerbangan dan hotel boleh menjadi sangat mahal jika ditempah pada saat akhir atau pada musim cuti perayaan. Tetapkan tarikh percutian lebih awal supaya anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah.

Baca artikel: Cara mendapatkan harga tiket penerbangan terbaik

4. Toleransi
Jangan mementingkan diri sebelum dan semasa percutian tersebut. Dengar dan cuba bertolak ansur dengan setiap ahli percutian. Kita pasti tidak mahu ada yang bermasam muka sepanjang percutian tersebut.

5. Jadual perjalanan
Jadual perjalanan atau itinerary merupakan aspek paling penting semasa bercuti secara kumpulan. Ia memudahkan setiap ahli untuk merancang keperluan seperti pakaian atau apa sahaja yang diperlukan sepanjang aktiviti yang dilakukan semasa bercuti.

Baca artikel: Periksa 10 perkara ini sebelum pergi bercuti

6. Tepati masa
Jika anda gagal untuk menepati masa, setiap jadual perjalanan anda yang seterusnya pasti akan mengalami masalah. Jangan rosakkan percutian tersebut kerana kesilapan anda seorang sahaja.

7. Berpecah
Jangan takut untuk berpecah. Tidak semestinya semua tempat yang anda mahu pergi akan dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan yang lain. Sediakan masa untuk aktiviti bebas dalam jadual perjalanan anda.

Baca artikel: 6 tip penting bercuti bersama anak

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!