Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

bermain telefon pintar

7 sebab kenapa anda perlu kurangkan bermain telefon pintar

Telefon bimbit telah banyak mengubah kehidupan manusia sejak beberapa dekad yang lalu. Ia banyak memberi kesan baik, dan juga kesan buruk.

Para saintis telah mengkaji bagaimana tabiat asyik bermain telefon ini boleh memberikan kesan buruk terhadap kehidupan fizikal, sosial, mental, dan intelektual seseorang. Ternyata ketagihan terhadap teknologi adalah nyata, dan ada beberapa sebab utama mengapa anda perlu kurangkan bermain telefon pintar.

 

bermain telefon pintar
Telefon pintar merosakkan mata
Mata manusia adalah organ yang luar biasa, dan mampu melakukan pelbagai tugas. Malangnya, budaya bermain telefon pintar ini boleh mengurangkan daya fokus jarak jauh yang kita perlukan.

 


Telefon pintar rosakkan waktu tidur
Banyak orang sukar untuk meletakkan telefon bimbit sebelum tidur. Kebanyakannya adalah kerana ketagihan terhadap media sosial. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan skrin LCD, yang berhampiran dengan mata boleh mengganggu kitaran tidur semula jadi.

 


Telefon pintar membawa bakteria
Telefon boleh dikategorikan sebagai antara objek paling banyak memiliki bakteria. Ia juga dikatakan berbahaya kerana kita menggunakannya berhampiran dengan mulut dan telinga. Berapa kali kita membersihkan telefon?

 


Telefon pintar tidak bagus untuk tengkuk
Kepala manusia adalah objek yang berat, manakala leher serta tulang belakang kita berfungsi untuk mendukungnya pada sudut tertentu. Apabila kita menundukkan kepala ke bawah untuk melihat telefon, ia akan meningkatkan tekanan yang kita berikan pada tulang belakang sebanyak 27 kilogram. Ia juga telah terbukti meningkatkan sakit tengkuk dan belakang kita.

 

bermain telefon pintar
Telefon pintar boleh merosakkan tangan
Kedudukan jari ketika memegang telefon bimbit, untuk mengekalkan kestabilannya ketika menaip atau swipe boleh menyebabkan keradangan dan masalah tendon. Paling kerap mengalami kesakitan adalah ibu jari, kerana ia digunakan oleh sebilangan besar pengguna telefon untuk menaip. Jangkauan gerakan ibu jari adalah agak rendah, jadi ia mudah untuk membengkak kerana digunakan di luar zon selesa.

 


Telefon pintar jadikan pemanduan berbahaya
Orang yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah berisiko untuk terlibat dalam kemalangan. Kerana itu kita dilarang untuk menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

 


Telefon pintar membuatkan anda lebih tertekan
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Korea di Seoul, Korea Selatan telah membandingkan kesihatan mental remaja yang ketagihan menggunakan telefon pintar, berbanding rakan sebaya yang tidak ketagihan menggunakannya. Mereka mendapati bahawa remaja yang ketagihan terhadap teknologi ini menunjukkan tahap kegelisahan, kemurungan, insomnia, dan impulsif yang jauh lebih tinggi.

Baca artikel: Hindari tekanan perasaan jika tidak mahu perkara ini terjadi!

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!