Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

bayi

7 perkara perlu tahu mengenai susu formula untuk bayi

1. Perlukah memberi susu formula pada bayi?
Bayi memerlukan makanan/minuman tambahan jika anda mengalami kesukaran untuk menyusu, atau susu tidak mencukupi. Susu formula bayi merupakan satu-satunya makanan selain daripada susu ibu yang dianggap sebagai nutrisi yang penting untuk bayi berusia bawah 12 bulan. Ia merupakan sumber yang berkhasiat dan mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk bayi.

2. Apa yang perlu ada dalam susu formula?
Terdapat 4 kandungan utama yang penting pada susu formula:
– Protein yang mudah dicerna
– Lemak seperti yang terdapat pada susu ibu
– Lemak asid omega 3 (juga dikenali sebagai DHA; yang terdapat pada ikan)
– Karbohidrat, vitamin dan mineral, serta nutrisi lain, dalam kuantiti yang sedikit

3. Adakah nutrisi tambahan pada susu formula selamat?
Ya. Dua bahan utama nutrisi tambahan ialah AA (omega-6) dan DHA. Kadangkala anda juga akan menemui ALA (alpha-linolenic acid) dan LA dalam susu formula. Dapatkan nasihat pakar mengenai susu formula, atau jenama yang telah mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Apa itu DHA dan mengapa ia penting?
DHA ialah asid lemak omega-3 yang membantu perkembangan otak dan melindungi fungsi neurologi. Bayi tidak mampu menghasilkan DHA sendiri. Kerana itu, ia harus diperoleh daripada susu ibu atau susu formula.

5. Bolehkah menambah bahan-bahan atau bijirin dalam susu formula untuk bayi?
Jangan sesekali menambah bahan sama ada vitamin, bijirin, minyak zaitun, madu, susu lembu biasa, atau apa sahaja ke dalam susu formula bayi anda, kecuali mendapat nasihat atau arahan daripada doktor.

6. Bagaimana cara untuk memanaskan susu formula?
Hanya gunakan semangkuk air suam dan letakkan botol susu di dalamnya selama beberapa minit. Ia akan perlahan-lahan memanaskan susu tersebut. Seterusnya, lakukan ‘drop test’ dengan meletakkan beberapa titisan susu pada pergelangan tangan untuk memeriksa suhu susu tersebut.

7. Berapa lama susu formula yang telah dibancuh boleh disimpan?
Sentiasa sejukkan botol yang mengandungi susu formula untuk penyusuan kemudian. Ia mampu menghalang bakteria berkembang dengan lebih cepat. Buang susu formula yang telah disimpan melebihi 24 jam. Elak daripada mendidihkan semula, atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan susu formula kerana ia mungkin merosakkan atau menjadi terlalu panas.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!